Assalaamu 'Alaikum Sahabat H A P I S, Berharap Antum Semua di Berikan Kesehatan serta Keselamatan Dunia Akhirat, begitu juga dengan Penulis. Aamiin
Sahabat H A P I S ku sekalian, Sebelumnya Ucapan Terima Kasih kepada saudaraku nun jauh disana (Negeri Seberang,Malaysia) yang telah sudi berbagi dengan Kita Sahabat H A P I S semua.Tak ada kata yang Lebih pantas kami ucapkan di awal perjalanan ukhuwah kita selain Terima Kasih serta Semoga Allah 'Azza Wa Jalla Membalaskan Segala Amal Kebaikan Antum.Aamiin
Sahabatku yang di Rahmati Allah 'Azza Wa Jalla, kali ini sahabat kita Panji Hitam El-Jawy memberikan sebuah catatan singkat mengenai Zikir tentunya dengan Penuh pengharapan kita kesemuanya dapat mengamalkan bersama dalam Hidup sampai menjelang ketiadaan Ruh ini pada Jasad.
__= Bissmillaahirrahmaanirrahiim =__
Rasanya cukup sekian tulisan ini semoga bermanfa'at untuk kita Keseluruhan, Mohon Maaf jika ada sepatah dua kata yang salah.
Wassalaamu 'Alaikum Warahmatullah
__= Salam Penuh Cinta dalam Dekapan Ukhuwah Islamiyah =__

Allah
Yang Maha Tinggi menunjukkan jalan kepada para pencari supaya mengingati-Nya:
“Dan hendaklah kamu sebut Dia sebagaimana Dia pimpin kamu.
(Surah Baqaraah, ayat 198).
Ini bermakna Pencipta kamu telah membawa kamu ke peringkat
kesedaran dan keyakinan yang tertentu dan kamu hanya boleh mengingati-Nya
menurut kadar keupayaan tersebut. Nabi s.a.w bersabda, “Ucapan zikir yang
paling baik adalah yang aku dan sekalian nabi-nabi bawa, itulah kalimah “La
ilaha illa Llah”.
Terdapat berbagai-bagai peringkat zikir dan masing-masing ada
cara yang berlainan. Ada yang diucap dengan lidah secara kuat dan ada pula yang
diucapkan secara senyap, dari lubuk hati. Pada peringkat permulaan seseorang
perlu menyebutkan ucapan zikirnya dengan lidahnya secara berbunyi.
Kemudian peringkat demi peringkat zikir mengalir ke dalam diri,
turun kepada hati, naik kepada roh dan seterusnya pergi semakin jauh iaitu
kepada bahagian rahsia-rahsia, pergi lagi kepada yang lebih jauh iaitu bahagian
yang tersembunyi sehinggalah kepada yang paling tersembunyi daripada yang
tersembunyi.
Sejauh mana zikir masuk ke dalam, peringkat yang dicapainya,
bergantung kepada sejauh mana Allah dengan kemurahan-Nya membimbing seseorang.
Zikir yang diucapkan dengan perkataan menjadi kenyataan bahawa
hati tidak lupa kepada Allah. Zikir secara senyap di dalam hati adalah
pergerakan perasaan. Zikir hati adalah dengan cara merasakan di dalam hati
tentang kenyataan tentang keperkasaan dan keelokan Allah. Zikir adalah melalui
pancaran cahaya suci yang dipancarkan oleh keperkasaan dan keelokan Allah.
Zikir pada tahap rahsia ialah melalui keghairahan (zauk) yang
diterima daripada pemerhatian rahsia suci itu. Zikir pada bahagian tersembunyi
membawa seseorang kepada:
“Di tempat duduk yang hak, di sisi Raja Agung yang sangat
berkuasa”. (Surah Qamar, ayat 55).
Zikir peringkat terakhir yang dipanggil khafi al-khafi – yang
paling tersembunyi daripada yang tersembunyi – membawa seseorang kepada suasana
fana diri sendiri dan penyatuan dengan yang haq.
Dalam kenyataannya tiada sesiapa kecuali Allah yang mengetahui
keadaan orang yang telah masuk ke dalam alam yang mengandungi semua
pengetahuan, kesudahan kepada semua dan segala perkara.
“Dia mengetahui rahsia dan yang lebih tersembunyi”. (Surah Ta
Ha, ayat 7).
Bila seseorang telah melepasi tahap zikir-zikir tersebut suasana
jiwa yang berlainan seolah-olah roh lain lahir dalam diri seseorang. Roh ini
lebih tulen dan seni daripada roh-roh yang lain.
Ia adalah bayi kepada hati, bayi kepada hakikat. Ketika dalam
bentuk benih bayi ini mengajak dan menarik orang lain untuk mencari dan menemui
yang hak.
Setelah ia lahir bayi ini menggesa orang lain supaya
mendapatkaan Zat Allah Yang Maha Tinggi. Roh baharu ini yang dinamakan bayi
kepada hati dan juga benih serta keupayaannya tidak terdapat pada semua orang.
Ia hanya terdapat pada orang mukmin yang tulen.
“Dia jualah yang tinggi darjat-Nya, yang memiliki arasy. Dia
kirim roh dari perintah-Nya kepada sesiapa yang Dia kehendaki:. (Surah Mukmin,
ayat 15).
Roh khusus ini dihantar daripada makam Yang Maha Perkasa dan
diletakkan di dalam alam maya yang nyata di mana sifat-sifat Pencipta menyata
pada penciptaan, tetapi roh ini adalah kepunyaan alam yang hak. Ia tidak berminat
dan tidak memperdulikan apa sahaja melainkan Zat Allah.
Nabi s.a.w bersabda,
“Dunia ini tidak disukai dan tidak dihajati oleh orang yang inginkan akhirat. Akhirat pula tidak dihajati oleh orang yang inginkan dunia, dan ia tidak akan diberi kepada mereka. Tetapi bagi roh yang mencari Zat Allah dunia dan akhirat tidak menarik perhatiannya”.

Roh untuk yang hak. Orang yang memilikinya akan mencari, menemui
dan bersama Tuhannya.
Apa sahaja yang kamu buat di sini zahir kamu mestilah menurut
jalan yang lurus. Ia hanya mungkin dengan mengikuti dan mematuhi serta
memelihara peraturan dan hukum agama. Untuk berbuat demikian seseorang haruslah
menyedari, mengingati Allah malam dan siang, zahir dan batin, berterusan.
Bagi mereka yang menyaksikan yang hak mengingati Allah adalah
wajib sebagaimana perintah-Nya:
“Maka hendaklah kamu ingat kepada Allah sambil berdiri dan sambil duduk dan sambil (berbaring) atas rusuk-rusuk kamu”. (Surah Nisaa’, ayat 103).
“Yang mengingati Allah sambil berdiri dan sambil duduk dan sambil berbaring dan memikirkan tentang kejadian langit-langit dan bumi (sambil berkata), ‘Wahai Tuhan kami, Engkau tidak jadikan (semua) ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau’”. (Surah Imraan, ayat 191).
Dikirim Oleh Sahabat H A P I S From Malaysia Oleh Ustaz Mohd Fadhil Mohd Sayuti dan Kekanda Panji Hitam El-Jawiy
Dikirim Oleh Sahabat H A P I S From Malaysia Oleh Ustaz Mohd Fadhil Mohd Sayuti dan Kekanda Panji Hitam El-Jawiy
Rasanya cukup sekian tulisan ini semoga bermanfa'at untuk kita Keseluruhan, Mohon Maaf jika ada sepatah dua kata yang salah.
Wassalaamu 'Alaikum Warahmatullah
__= Salam Penuh Cinta dalam Dekapan Ukhuwah Islamiyah =__
.jpg)

0 komentar on Dzikir.....? :
Posting Komentar